Friday, March 18, 2011

Meniti Hari-Hari Sebagai Seorang Bakal Ibu Siri 2

Hello,

Hari ini kandungan aku dah mencecah 28 minggu. Perubahan ketara yang aku dapat rasakan, baby aku bergerak dengan kerap dan sangat aktif sehinggakan ada kalanya dia mengeras di perut aku ini.  Kalau sebelum ni, aku dapat rasa dan nampak pergerakan dia dengan jelas semasa aku baring, tapi sekarang semasa aku berjalan pun dah dapat nampak. Terbonjol sana, terbonjol sini sampai aku sendiri asyik terperanjat tiba-tiba bila terasa dia seolah-olah menumbuk. Kelihatan perut aku selalu 'vibrate' sekejap jugak dah.

Terasa diri ini makin lemah sekarang, tak boleh berdiri lama gerenti sakit belakang dan bahagian rusuk. Baby dah membesar terasa organ dalaman aku ditekan. Disebabkan perkara ini dah terjadi, aku pun dapat excuse untuk berhenti memasak dan gantung periuk aje....hehehe!

Bukan itu je, aku dah susah nak lena tidur. Asyik terasa bahang dan panas sampai aku berpeluh-peluh. Kesian laki aku, terpaksa selubung menahan kesejukan kerana aku pasang kipas dengan kelajuan yang kuat setiap kali nak tidur. Aku tidur dah tak perlu pakai selimut. Kalau berjalan mana-mana pun, aku mesti cepat rasa panas dan cepat berpeluh. Baju pun bau peluh je. Fuh, penangan mengandung macam ni rupanya!

Kalau setiap kali check up pulak, air kencing aku asyik dikesan ada kencing manis. Tapi setiap kali aku buat ujian minum air gula, kandungan gula dalam darah aku normal la pulak. Sampai doktor pun pelik tengok keputusan kesihatan aku ni. Akhirnya semalam doktor suruh aku buat ujian darah 4 kali dalam sehari setiap 2 jam selepas makan pada 21 Mac 2011 ni. Haih, takde kerja  pulak aku nak pergi ulang-alik klinik amik darah lepas makan nanti! Habis jari-jari aku asyik kena cucuk check darah kang. Aku harap aku tak ada la kencing manis....huhuhu...

Semalam aku call untuk keputusan Thalasemia darah aku di Hospital Ampang. Pihak hospital minta aku datang ke hospital sekali lagi untuk ambil darah semula sebab ujian yang diorang jalankan tak dapat keputusan sama ada aku ada Thalasemia atau tidak. Pelik?? Pihak hospital perlukan darah aku untuk buat ujian DNA dan research di Hospital KL pulak. Nak tunggu keputusan 2 bulan lagi. Maknanya aku dah nak bersalin la masa tu. Yang aku heran sampai kena wat ujian DNA dan research? Darah aku ni darah alien ke?  Apa pun, setakat ni Alhamdulillah aku sihat tanpa sebarang penyakit.

Ok la, buat masa ni, itu saje yang aku dapat kongsikan. Dah takde idea nak cerita sebab semuanya dah diceritakan setakat ni. Kalau ada info tambahan aku akan masukkan popst siri ke-3 pulak Jumpa lagi :-D!

No comments:

Post a Comment