Thursday, February 24, 2011

Meniti Pengalaman Pertama sebagai Bakal Ibu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Post ini setakat untuk berkongsi pengalaman saya sendiri kepada sesiapa yang merancang untuk mengandung dan yang sedang mengandung. Untuk makluman anda semua, usia saya hari ini baru menjangkau 25 minggu 4 hari (bersamaan 6 bulan) berdasarkan scan 4D yang saya telah lakukan pada 21 Feb 2011 lalu.

Bila diimbas kembali, saya selalu mengalami lemah badan seperti penat baru lepas melakukan kerja-kerja berat dan lapar tahap kebuluran seolah-olah tak makan 2 hari (sedangkan puasa pun tak rasa macam tu) dalam bulan September 2010 (seminggu selepas raya). Balik kerja je, terus tertido mula jam 6 ptg - 8 malam. Kalau nak makan sekali 2 pinggan. Ada satu hari, ajak laki saya ke restoran sebab dah tak larat nak masak. Saya order nasi kosong dan beberapa lauk ditambah dengan mi Bandung. Terkejut betul laki saya masa tu. Tengok saya habiskan 2 menu tu sampai licin. Pergi kerja pulak, sebab lapar memanjang, dalam otak nak makan macam-macam - Pisang goreng la, Ikan Bawal Goreng la dan sebagainya. Ramai yang suruh saya buat pregnancy test, tapi dalam hati tak rasa macam mengandung selepas 3 bulan berkahwin.

Akhirnya pada 8 Oktober 2010, saya dinasihatkan sekali lagi oleh kawan-kawan untuk pregnancy test memandangkan simptom-simptom tersebut dan period lewat dalam 3 minggu (walaupun tanda-tanda sepatutnya period dah berlaku kat badan ni). Balik kerja hari Jumaat tu, singgah Watson beli test kit. Sampai di rumah, terus buat test. Alangkah terkejutnya tengok-tengok POSITIF....Alhamdulillah....Tetapi perasaan saya bercampur gembira dan hampa sedikit sebenarnya.

Sepatutnya 14 Oktober 2010, saya akan menjalani pembedahan di rahang kerana muka saya mempunyai rahang tidak simetri. Saya memakai Braces sejak tahun September 2008, gigi dah tersusun cantik cuma nak tolak rahang bawah ke belakang sikit tu memakan masa dan asyik bertangguh-tangguh oleh doktor. Bermakna dah 2 tahun saya menunggu untuk pembedahan ni.

Lepas dapat tau result POSITIF, terus saya call laki saya yang sedang bekerja masa tu. Saya kata nak tunjukkan sesuatu bila dia sampai rumah nanti. Kira SURPRISE...hehe..Tunggu punya tunggu sampai tertido....tengok masa dah dekat Maghrib. Baru la laki saya sampai rumah tapi meluru ke toilet. Baru ingat nak tunjuk test kit tu :-(..... Rupa-rupanya dia muntah-muntah pulak...pelik betul?? Saya tengok dia dah lega sikit baru la bagi SURPRISE sambil tunjuk test kit tu. Dia heran tengok ape benda yang saya tunjuk tu. Saya kata "Tengok la, positif, saya mengandung la!" Mati-mati dia tak percaya ingat saya tipu, pakai air kencing orang ada ke macam tu? Malam tu jugak kami pergi ke klinik untuk pengesahan doktor. Dah 5 minggu mengandung masa tu.

Terdapat perkara yang pelik sedikit berlaku pada diri saya pada minggu sebelum tu. Orang kata mungkin petanda. Tapi tak tau la petanda apa maksudnya tu. Minggu sebelum tu, saya drive ke pejabat, kereta Kelisa comel saya disondol dengan Pregio, saya pulak tersondol Iswara kereta kebal depan. Memang jadi burger Kelisa masa tu. Minggu sebelum tu, saya nak balik kerja. Sedang elok berjalan, tetiba tergelicir depan bangunan pejabat. Adusy!!Malu. Nasib tak jatuh teruk. Tak tau pun mengandung 3 minggu masa tu.


Disondol... ;-(


Akibat tersondol....;-(

Oleh kerana saya dah confirm mengandung, saya terpaksa tangguhkan lagi pembedahan rahang dalam masa setahun. Tak ape la, demi keselamatan baby ni. Dia la harta paling berharga dalam hidup saya dan laki saya sekarang ni.

Trimester Pertama amat menduga diri saya. Langsung tak boleh nak masak, tak boleh terbau orang masak sebab sakit hidung. Tapi makan boleh.....;-D....hehe....Lapar jangan cakap la, terlampau lapar. Datang lapar je, kalau boleh terus nak makan. Kalau ditahan, rasa nak marah orang lain. Demam - hari-hari demam lepas balik kerja. Badan menggigil jadi tak larat. Penat! Sebab tu asyik tido lepas balik kerja sampai 8 malam. Memang tak elok tido waktu tu, tapi tak boleh tahan. Saya jenis jarang demam. Kena pulak masa mengandung ni demam hari-hari....Batuk-batuk memang selalu sangat. Tekak macam kering je. Tido tak senang. Nak bercakap dengan orang asyik terbatuk.  Lagi satu, malam-malam asyik bangun tido sebab asyik nak terkencing. Tido kita memang terganggu. Itu normal tapi....DUGAAN!

MENGIDAM?? Masa ni jugak la saya mengidam nak makan SUP TULANG MERAH dari Singapore setelah 6 tahun saya tak makan sebab jarang masuk Singapore dah. Kebetulan Raya lepas saya dan suami buat passport, ada peluang ke sana lepaskan mengidam tu. Lama jugak tunggu nak ke sana dekat sebulan. Masa menunggu nak dapat SUP TULANG MERAH, asyik tengok je gambar menu tu kat internet. Terliur gak....Bila dah dapat makan, sampai sekarang dah tak ingat lagi nak makan. Hehe...Dah puas! Lepas-lepas tu, asyik mengidam nak makan masakan mak. Nasib baik la mak selalu jugak datang. Dia pun boring duduk di Kota Tinggi, Johor tu. Asyik nak makan nasi goreng masakan mak.

Kami di Mount Faber, Singapore 

Waktu macam ni, hobi baru pun datang. MEMBACA merupakan hobi baru saya sebab saya ni pemalas baca buku. Hehe....Asyik nak pergi Kinokuniya dan MPH Mid Valley.

Bab KERJA, saya selalu minta excuse kat bos untuk berehat datang lambat sikit sebab nak bangun kadang jadi tak larat. Nasib baik bos faham. Ada kala bagi off sehari. Kadang jadi malu sendiri asyik minta excuse sejak mengandung, asyik tak larat. Alhamdulillah saya takde loya-loya atau morning sickness. Setakat gosok gigi pagi-pagi, termuntah kuning sikit ada la, tapi boleh dikira dengan jari tangan.

Masa ni la dah kena buat routine check-up. Buat masa ni sebulan sekali la. Tapi tang kena amik darah dah masuk 4-5 kali asyik kena amik darah. Doktor detect kandungan darah saya banyak yang rendah, bukan setakat Hemoglobin saje. Doktor syak ada Thalassemia - saya dan laki saya dah jalankan ujian tu di Klinik Thalassemia, Hospital Ampang. Nak tunggu result mau makan 2 bulan.  Jadi sekarang ni kami masih tunggu keputusan sehingga 27 Mac 2011. Setakat ni buat double check up di HUKM tentang darah saya, doktor kata tiada masalah.

Bab SCAN pulak, asyik tak sabar je nak tengok perkembangan baby. Scan pertama untuk routine check-up dijalankan pada usia kandungan minggu ke-18. Doktor kata maybe perempuan, nak confirm susah lagi sebab kecik. Nak ikutkan, scan bayar sendiri di klinik swasta dah 3 kali. Ada yang kata maybe lelaki. Memang tak dapat confirm.

Masuk Trimester Kedua, saya dah boleh hidu bau masakan. Saya sendiri pun boleh masak sikit dah. Kalau boleh nak makan masakan di rumah je sebab tekak tak boleh terima masakan luar yang selalu guna Ajinomoto @ MSG. Biar sendiri masak tak sedap, asalkan tiada MSG....hehehe...KEmas rumah pun dah boleh. Kalau masa Trimester Pertama, saya tak buat apa dah. Memang betul-betul melepek! Rumah...MasyAllah....Habuk! Harapkan laki, tau je la standard orang lelaki mengemas macam mana. Kita jugak kasi complete - Good Maid kan? hehe...

Cuma masalah di Trimester Kedua ni, dah masuk minggu ketiga saya asyik sakit belakang badan sebelah kanan. Tak boleh berdiri lama sikit, confirm sakit. Duduk lama pun tak boleh. Nak kena baring baru ok. Trimester Kedua saya mengidam nak minum air sarang burung pulak. Akhirnya dapat jugak yang murah masa Watson wat sale. Sekotak ada 6 botol, berharga RM 47.00++ siap free sekotak lagi. Chinese New Year kan?hehe...

Permulaan yang sangat menggembirakan, kita dah mula rasa baby bergerak-gerak dalam rahim kita. Sekarang ni dah boleh nampak pergerakan perut kita sikit. Rasa dia tendang atau menumbuk perut. Suka betul bila letak tangan kat perut rasa pergerakan dia. Bermakna dia aktif dan sihat. Laki saya pun berkobar-kobar nak tau tempat scan 4D yang agak berpatutan harganya, siap dia tanya kawan-kawan dia. At last, kawan dia recommend UMRA Medical Center di Shah Alam.

Kena buat appoinment dulu untuk detail scan. Kami ke UMRA pada 19 Feb 2011, dapat tarikh 21 Feb 2011 jam 8 malam. Bayaran RM 120.00. Tak ape la, bukan selalu. Lagi pun sekali je nak buat masa mengandung ni. Saya dan laki saya bersemangat bersiap balik kerja. dari KL ke Shah Alam nak tengok baby. Sampai je di UMRA, service dia memang best. Tempat memang lawa, klinik standard la kira kan. Nama saya dipanggil untuk ukur berat, tekanan darah dan kena bagi sampel air kencing. Masuk toilet di UMRA pun dah cantik macam kat hotel.. 1st time pergi klinik swasta macam tu....excited gak la. Tak lama kemudian kami terus dipanggil masuk ke Bilik Scan.

Masuk-masuk je, laki saya diarahkan untuk duduk jauh sikit dari katil saya kena baring. Kecewa sikit jugak dia sebab selalu scan, dia di sebelah tengok monitor sebelah katil saya. Maybe dia tak dapat nak tengok scan 4D ni....huhu...Yang scan saya perempuan cina dalam umur 40-an dibantu nurse pelatih. Dia sangat ramah. Bukan doktor tapi juruscan profesional. Dia pesan, kami boleh tengok scan di tv yang tergantung depan kami. La...nasib baik la....hehe...Suka laki saya...Lampu pun ditutup...Ditutup?Pelik, selalu scan dalam bilik terang? Scan pun bermula. Dalam hati, tak sabarnyer!! Kami tengok apasal warna hitam putih je scan ni? 3D ke? Juruscan tu bagitau detail panjang baby, check keadaan tempurung kepala, perkembangan otak, tulang, kiraan jari, dan sebagainya....Alhamdulillah cukup sempurna. Cuma dia kata baby nampak kecik dari usia 6 bulan dalam kandungan. Tapi jari dan kaki nampak panjang. Ni dah orang keempat cakap macam tu waktu scan. InsyAllah baby ni membesar sebagai orang yang tinggi gak, macam bapak dia.Hehe..

Baru juruscan bagitau kami, ni baru scan 2D. Wah....2D dia pun nampak jelas! Tak sabar nak tengok 3D pulak....hehe...Tunjuk-tunjuk je, MasyAllah...SubhanAllah...! Nampak muka baby kami....gembira sungguh tak terkata sampai saya berlinang air mata kegembiraan! terkekek-kekek tengok baby siap gosok mata...Jantina PEREMPUAN!....30 minit jugak scan. Dah habis tu, juruscan burn rakaman 2D, 3D dan 4D dalam 1 CD. 
Ada macam rupa siapa ek?

Kemudian report scan dihantar ke doktor, kami pun berjumpa dengan doktor. Doktor pesan dalam sebulan lagi datang uuntuk scan jantung baby pulak. Nak tengok perkembangan jantung tapi bukan dengan scan 4D lagi la. Erm....tengok dulu la nak ke sana lagi ke tidak....Mahal jugak, kalau mampu nanti kami pergi jugak la.

Sepanjang perjalanan nak balik rumah, kami tak sabar-sabar nak tengok CD tu. Gembira tak terkata sungguh kami. Kalau boleh nak je tengok baby setiap hari pakai scan 4D tu. Hehe....;-)